Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.
Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.
Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
- Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
- 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
- Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
- Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
- Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
- Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
- Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
- Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
- Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
- Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
No comments:
Post a Comment