Pages

Wednesday, 28 August 2013

Pembunuh Senyap

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda atau amaran.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko sera­ngan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan dementia (nyanyuk). 
Ia berlaku apabila jantung menggunakan tekanan berlebihan bagi mengepam darah ke urat dan arteri manakala peningkatan berulang kali ini menyebabkan tekanan darah tinggi kronik. 

Tekanan darah tinggi berlaku mungkin disebabkan faktor persekitaran termasuk sejarah keluarga, diet natrium yang tinggi, pengambilan alkohol berlebihan, corak kehidupan yang tidak aktif, tekanan dan merokok.
Berikut panduan untuk mengawal tekanan darah: 
  • Jalani pemeriksaan tekanan darah secara tetap. 
  • Kekalkan berat badan seimbang. 
  • Kurangkan pengambilan garam. 
  • Amalkan pemakanan seimbang. 
  • Kurangkan minuman beralkohol. 
  • Jangan ponteng mengambil ubat walaupun sehari. Pastikan ubat dimakan mengikut jadual. 
  • Tepati temu janji de­ngan doktor bagi membolehkan dok­tor memantau kesihatan secara menyeluruh. 
  • Mulakan bersenam, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor jenis senaman yang sesuai. 
  • Jika disahkan mengalami tekanan darah tinggi, pastikan seisi keluarga turut dibawa menjalani pemeriksaan tekanan darah secara tetap kerana mereka juga berisiko tinggi mendapat masalah sama. 
  • Belajar menangani tekanan dan cuba jalani kehidupan sebaik mungkin. 


    Antara panduan pencegahan dan mengatasi tekanan darah tinggi: 
  • Ambil makanan yang mengandungi kalium, magnesium dan kalsium yang mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. 
  • Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Jika anda menderita tekanan darah tinggi, pilih senaman olahraga yang ringan seperti berjalan kaki, berbasikal, lari santai dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak tiga kali seminggu. 
  • Makan sayur dan buah berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomato, tembikai dan oren. 
  • Jalani terapi antitekanan untuk mengurangkan tekanan 
  • Berhenti merokok. 
  • Kawal kadar kolesterol. 
  • Kawal diabetes. 
  • Hindari ubat yang boleh meningkatkan tekanan darah dan dapatkan nasihat doktor jika menerima rawatan untuk penyakit tertentu. 


    Tekanan darah tinggi bukan suatu penyakit yang tidak boleh diatasi kerana paling penting, gunakan cara betul untuk menanganinya.   


  • Sumber dari : http://www.hmetro.com.my/articles/Pembunuhsenyap/Article

    2 comments:

    1. saya merupakan 'young hpt'...tips2 dalam ni memang sangat berguna & saya akan cuba memanafaatkannya. Terima kasih kepada blogger yang sudi memberi kesedaran bersama.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sama-sama kita share maklumat kesihatan yg berguna

        Delete