Pages

Sunday 17 November 2013

Apa itu Penyakit Kayap ? dan Petua Mengubatinya


Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.

Bagaimana mengubatinya??

Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukansehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.


Sunday 10 November 2013

Sakit Ketika Kencing.. Apakah Puncanya ?

Rasa sakit ketika membuang air kecil seperti yang diterangkan oleh MedLine Plus ialah sebarang rasa yang dialami ketika mengeluarkan urin samada rasa kesakitan, ketidakselesaan dan rasa seperti terbakar.

Rasa sakit ketika mengeluarkan urin adalah keadaan yang paling biasa yang disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada salah satu struktur di dalam saluran kencing anda samada di urethra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.Dan adakalanya sakit semasa kencing boleh menjadi tanda keadaan serius yang lain.

Jangkitan Saluran Air Kencing

Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing, tetapi yang paling memberikan kesan ialah pada urethra dan pundi kencing.

Punca yang paling biasa berlakunya jangkitan pada saluran kencing adalah apabila bakteria Escherichia coli memasuki tubuh anda melalui urethra, kemudian membiak di situ dan bergerak ke pundi kencing.

Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk mempunyai jangkitan pada saluran kencing berbanding lelaki. Gejala jangkitan pada saluran kencing termasuklah:

  • kerap membuang air kecil
  • sakit semasa kencing
  • mengeluarkan kuantiti yang sedikit ketika membuang air kencing
  • tekanan perut
  • keletihan
  • demam


Kebiasaanya jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan pemberian oral antibiotik dan gejalanya akan hilang dalam tempoh 1 hingga 2 hari.

Tetapi jika jangkitan telah merebak pada buah pinggang,anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan cecair intravena dan pemberian antibiotik.

Batu Karang

Batu karang adalah terdiri dari mineral-mineral kecil dan keras yang banyak yang terbentuk di dalam pundi kencing akibat kristal di dalam air kencing.

Kristal terbentuk apabila urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing dan bertukar kepada kepekatan yang berlebihan.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing anda. Keadaan ini termasuklah:

  • pembesaran prostat
  • pundi neurogenic
  • kawasan lemah di dalam pundi kencing
  • radang pundi kencing
  • batu karang
  • dan alat-alat perubatan yang tertentu seperti kateter


Gejala berlakunya batu karang ialah:

  • sakit di bahagian bawah perut
  • sakit semasa kencing
  • kerap kencing
  • kesukaran membuang air kecil
  • kebocoran air kencing
  • darah dalam air kencing


Biasanya batu karang yang bersaiz kecil boleh dikeluarkan dengan mudah iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air.

Tetapi jika saiznya besar, biasanya ia akan dikeluarkan  melalui satu proses yang dipanggil cystolitholapaxy, di mana batu tersebut dipecahkan dengan menggunakan laser atau alat perubatan lain.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, batu karang juga dikeluarkan melalui prosuder pembedahan.

Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang paling  biasa berlaku di Amerika Syarikat menurut laman web Medline Plus. Ia terjadi hasil daripada jangkitan bakteriaChlamydia trachomatis, dan risiko jangkitan boleh meningkat apabila bertambahnya bilangan pasangan seksual.

Gejala chlamydia lebih biasa berlaku dikalangan lelaki dan termasuk rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil dan rasa sakit di buah zakar.

Di kalangan wanita pula, gejalanya termasuklah sakit semasa membuang air kecil, sakit semasa melakukan hubungan seks, keputihan dan sakit di bahagian dubur. Chlamydia boleh dirawat dengan oral antibiotik.

Wednesday 6 November 2013

Manfaat Dan Khasiat Kunyit Untuk Menjaga Kesihatan



Kunyit sangat memiliki banyak kandungan yang baik, dari situlah Khasiat Kunyit sangat baik untuk menjaga dan merawat kesehatan tubuh kita. Kunyit memiliki kandungan senyawa yang disebut dengan kurkuminoid yang terdiri dari desmetoksikumin, kurkumin dan bisdesmetoksikurkumin. Selain itu, kunyit juga memiliki banyak kandungan bermanfaat lainnya, contohnya minyak atsiri, protein, kalsioum, karbohidrat, zat besi, vitamin C, dan kandungan bermanfaat lainnya. Dari semua kandungan tersebut Manfaat Kunyit akan bisa didaptkan dan sangat baik untuk menjaga kesehatan tubuh kita.
Manfaat Dan Khasiat Kunyit Untuk Menjaga KesehatanTapi apa saja memang Khasiat Kunyit tersebut? Dilihat dari banyaknya kandungan yang bermanfaat, tentu saja Khasiat Kunyit sangat banyak, dan hari ini kami pun akan memberikan informasinya untuk para pembaca semua, sehingga para pembaca akan mengetahui ternyata alam juga memberikan sejuta manfaat dan khasiat. Dan lebih baik langsung kita simak saja informasi tentang Khasiat Kunyit dibawah ini.
1. Anti Kanker
Radikal bebas akan menyebabkan kerusakan serta mutasi sel, untuk mencegah hal tersebut tentu dibutuhkan antioksidan, dan kandungan kurkumin dalam kunyit merupakan antioksidan yang baik untuk mencegah hal tersebut. Tidak hanya itu, kandungan kurkumin dalam kunyit juga sangat baik untuk menghambat bertumbuhnya sel kanker, seperti kanker usus, kanker paru-paru, kanker payudara dan kanker kulit.
2. Mengurangi Resiko Diabetes
Kandungan kurkumin yang ada pada kunyit juga sangat baik untuk mengurangi resistansi insulin. Dengan adanya hal tersebut maka resiko untuk terserang diabetes tipe 2 akan semakin berkurang, karena kandungan kadar glukosa dalam darah bisa dikendalikan dengan sangat baik.
3. Mengurangi Resiko Aterosklerosis
Penumpukan kolesterol yang ada pada dinding pembuluh darah akan menyebabkan datangnya penyakit aterosklerosis atau peradangan pada pembuluh darah. Namun, kunyit memiliki kandugan yang dapat dipercaya bisa mencegah oksidasi LDL atau kolesterol jahat sehingga akan mengurangi resiko terserang aterosklerosis.
4. Mengurangi Resiko Anemia
Tubuh akan mengalami anemia jika kekurangan zat besi. Akan tetapi, kandungan mineral zat besi yang ada pada kunyit merupakan komponen yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Hal tersebut pun akan mengurasi resiko terserang penyakit anemia.
5. Mencegah Penyakit Alzheimer
Peradangan yang terjadi pada otak kita akan mengakibatkan datangnya penyakit Alzheimer. Namun, berdasarkan pada penelitian, kunyit memiliki kandungan zat anti-inflamasi dan antioksidan. Jika kita mengkonsumsi kunyit, maka otak akan terlindungi dari resiko terserang oleh penyakit Alzheimer.
6. Mengobati Radang Sendi
Anti-inflamasi atau anti-radanf akan bisa didapatkan dari kunyit karena memiliki kandungan kurkumin. Hal tersebut maka akan mengobati radang sendi. Selain itu, banyak obat radang sendi yang berbentuk kapsul dan terbuat dari ekstrak kunyit.
7. Menstimulasi Pencernaan
Kunyit akan dapat membantu proses pencernaan dan juga mengurangi gejala kembung, karena kunyit memiliki kandungan kurkumin. Namun sebaiknya, bagi orang yang memiliki penyakit kandung empedu tidak menggunakan kunyit sevagai suplemen karena akan membuat kondisi semakin buruk.
Di atas merupakan Khasiat Kunyit yang sebagian besarnya atau Khasiat Kunyit pada umumnya, Khasiat Kunyit yang lainnya pun akan bisa kita dapatkan seperti halnya dapat mengobati panas dalam, tifus, sariawan dan masih banyak lagi. Selain untuk kesehatan, Manffat kunyit juga baik untuk merawat kecantikan, seperti menyehatkan rambut dan menghaluskan kulit.

Manfaat Dan Khasiat Kunyit Untuk Menjaga Kesehatan

Itulah tadi sedikit informasi tentang manfaat dan Khasiat Kunyit yang sangat baik untuk menjaga kesehatan. Semoga saja informasi tentang Khasiat Kunyit ini akan bermanfaat dan memberikan pengetahuan tentang adanya obat-obatan alamiah, terima kasih karena telah membaca informasi tentang Khasiat dan Manfaat Kunyit.


Sumber : http://www.eswete.com/manfaat-dan-khasiat-kunyit.html

Monday 4 November 2013

Adakah Fat Burner Selamat Digunakan ?

Ini antara soalan yang memang popular. Terutama bagi mereka yang ingin kuruskan berat badan dengan cepat. Untuk menjawap soalan ini, kita perlu menjawap beberapa soalan yang lain.

Apa tu fat burner?

Kebanyakkan pembakar lemak atau fat burner seperti Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex, Jusmate 5 dan lain-lain adalah jenis thermogenik. Apa tu? Thermogenik adalah proses peningkatan metabolism badan. Di sini suplemen fat burner menggunakan kandungan seperti caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain untuk mengingkatkan metabolism.
Pembakar lemak tu umpama minum kopi keras yang meningkatkan denyutan jantung tapi kandungan “kopi” dalam pembakar lemak jauh lebih tinggi.
Pembakar lemak bukanlah membakar lemak tapi mengingkatkan pembakaran kalori seharian anda (tingkatkan metabolism). Sebagai contoh theori:
  • Tanpa pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda 2,000kcal sehari.
  • Dengan pembakar lemak: Penggunaan kalori badan anda mungkin 2,100kcal sehari.
  • Teori: Jadi dengan defisit kalori yang lebih tinggi, maka (secara teori), anda boleh kurangkan berat badan dengan lebih cepat.
Jadi selamat tak di-minum?

Sesuai tak untuk semua?

Macam minum kopi juga. Mengambil thermogenik fat burner tidak sesuai dan selesa digunakan untuk semua. Kalau anda tidak tahan minum kopi, maka kebarangkalian besar anda juga tidak selesa dengan kandungan seperti mahuang, guarana, caffeine dan lain-lain.

Apakah kesan sampingan pembakar lemak tu?

Kesan sampingan pembakar lemak sebenarnya adalah tanda bahawa pembakar lemak itu berkesan. Kenapa pulak? Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memanglah denyutan jantung itu akan naik. Dan peningkatan denyutan jantung itu memang disampingi dengan side effects seperti berikut:
  1. Resah
  2. Anxiety
  3. Nervousness
  4. Insomnia
  5. Cepat Marah
  6. Stress
  7. Tidak Tenang
Kalau anda tidak merasainya, maka kandungan fat burner itu tidak berkesan untuk anda. Dan kalau anda biasa minum kopi, mungkin kandungan fat burner tu pun tidak memberikan kesan yang ketara kepada anda.
Jadi bolehlah dikatakan bahawa anda inginkan side effect di atas kerana ia tanda metabolism badan anda berjaya ditingkatkan produk pembakar lemak itu …
Pengalaman saya sendiri? Saya pernah cuba satu produk pembakar lemak semasa di university. Walaupun saya minum 1-2 gelas kopi sehari, saya berasa kurang selesa dengan peningkatan metabolism produk berkenaan. Setelah 1-2 hari mengambilnya saya sentiasa berasa kurang tenang dan terus berhenti menggunakannya.

Jadi selamat tak pembakar lemak tu?

Baiklah, sekarang kita sudah memahami kaedah penggunaan fat burner (yang bukanlah membakar lemak tapi meningkatkan metabolism badan).
  • Jangan gunakan: Elak penggunaan pembakar lemak sekiranya anda tidak pandai menjaga diet keseluruhan, tidak bersenam, mempunyai hipertension, masalah jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.
  • Boleh cuba: Sekiranya anda sudah pandai mengawal diet, aktif bersenam dan tidak mempunyai apa-apa masalah jantung atau penyakit kardiovaskular.
Ingat! Jangan bergantung kepada mana-mana suplemen untuk mengawal berat badan anda dan jangan gunakan pembakar lemak untuk jangka masa panjang.