Pages

Tuesday 18 February 2014

Air Kencing Berdarah..Punca dan Rawatan

Assalamualaikum pembaca sekalian,
Pernahkah anda melihat kandungan air kencing anda mengandungi darah?Sekiranya hal ini  berlaku kepada anda,apakah yang sepatutnya anda lakukan?Ketika saya mula-mula mengalaminya dulu,saya menjadi agak panik kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada saya.Jadi,pada artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya air kencing mengandungi darah.
Apakah yang patut saya lakukan sekiranya air kencing saya mengandungi darah?
Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.
Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.
Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?”Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.
Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor  sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.
Apakah penyebabnya?
Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:
  • Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakanuretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
  • Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
  • Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
  • Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.
Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.
Diagnosis
Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi  dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan atau magnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.
Rawatan
Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya.

Thursday 13 February 2014

Bahaya Penyakit Resdung Jika Diabaikan

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.
Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


Sumber : http://sutraromatherapy.wordpress.com/2012/07/19/bahaya-penyakit-resdung-jika-diabaikan/