Pages

Tuesday 17 September 2013

Kenali Fungsi Ubat darah Tinggi Anda

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006 daripada sejumlah sampel kajian seramai 16 440 orang, dianggarkan 43% daripada 16 440 orang tu mengalami masalah darah tinggi = 7069 orang (sumber). Sample tu boleh dikatakan besar, dan kalau kita buat extrapolation mudah, katakan sekarang ada 26 juta orang kat Malaysia - lebih kurang 11 juta orang akan menghidap darah tinggi (tapi nilai ni mungkin lebih rendah la kalau kita exclude budak2 daripada statistik). Tapi apa yang pasti, masalah tekanan darah tinggi ni memang satu masalah yang ketara dan setiap orang berisiko untuk mengalami masalah ni.

Tekanan darah tinggi yang normal biasanya dalam lingkungan 120 mmHg (systolic) /80 mmHg (diastolic). Systolic bermaksud ukuran tekanan darah masa jantung mengepam darah, diastolic bermaksud ukuran tekanan darah masa jantung tengah relax. Ada beberapa peringkat dalam pengelasan tahap keadaan tekanan darah seseorang. Tengok jadual bawah ni.

CategorySystolic (mm Hg)Diastolic (mm Hg)
Optimal<120and<80
Normal<130and<85
High normal130-139or85-89
Hypertension
Stage 1140-159or90-99
Stage 2160-179or100-109
Stage 3>=180or>=110

Ok, ada optimal, normal, high normal dan jugak hypertension. Kalau tekanan darah berada pada tahap optimal - tu bermaksud memang kesihatan korang betul2 bagus la. Normal - maksudnya tekanan darah korang biase2 je. High normal - dah kena berjaga-jaga sebab tekanan darah korang mungkin naik ke peringkat hypertension (darah tinggi). Bila tekanan darah seseorang dah masuk ke mana2 stage dalam hypertension - lepas doktor buat evaluation pada tekanan darah korang untuk beberapa hari dan buat ujian darah - bila dah confirm korang ada darah tinggi - so doktor akan start bagi korang makan ubat darah tinggi - tak kira la korang stage 1, 2 atau 3. Stage 3 tu tahap paling bahaya - kalau tekanan darah sampai tahap tu doktor akan beri rawatan yang lebih agresif, mungkin korang akan disuntik dengan ubat anti hypertensive kat Emergency Department.

Kenapa tekanan darah dalam badan perlu dikawal supaya tak terlampau tinggi? Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ dalam badan sebab organ dalam badan kita macam buah pinggang, jantung, otak, mata boleh tolerate tekanan darah pada tahap tertentu je. Memandangkan manusia ni dibuat daripada tanah - ok la, be scientific, memandangkan organ dan salur darah dalam badan manusia ni terdiri daripada protein dan karbon yang lembut, jadi bila tekanan darah tinggi, organ-organ dalam badan boleh rosak. Buah pinggang boleh rosak akibat darah tinggi sebab darah dipam ke buah pinggang sepanjang masa untuk dicuci, otot jantung boleh mengembang (hypertrophy) dan lama kelamaan menyebabkan keupayaan jantung untuk pam darah makin menurun - seterusnya membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Kalau tekanan darah dalam salur darah kat otak tinggi, salur darah akan pecah dan menyebabkan darah beku terbentuk kat otak. Bila jadi macam tu, sel saraf kat otak tak dapat bekalan oksigen sebab bekalan darah yang bawak oksigen terganggu - boleh menyebabkan stroke dan kematian. Jadi teramatlah penting untuk kita sustain tekanan darah yang optimum/normal.
Memandangkan aku bukan doktor dan kerja aku sebenarnya berkait dengan ubat - so aku akan tulis pasal ubat anti hypertensive - macam mana ubat tu bertindak, apa yang kena tau pasal ubat tu, cara makan dan sebagainya. Bila nak menulis bab hypertension ni - sebenarnya topik pasal ubat darah tinggi ni panjang sebab setiap pesakit, lain ubat yang doktor akan bagi - orang yang ada lemah jantung lain ubat dorang, yang darah tinggi masa mengandung pun lain jugak, yang rosak buah pinggang lain ubat dorang, budak kecik, orang tua pun cara nak start ubat darah tinggi berbeza-beza. Jadi dalam post ni lebih kepada penerangan umum pasal ubat-ubatan.

Nama-nama ubat yang aku tulis ni semuanya nama generic - bermaksud nama umum ubat tu yang dipakai di peringkat antarabangsa walaupun jenama berlainan.

1. Angiotensin converting enzyme inhibitor (ACEI)

- contoh: Perindopril, Captopril, Enalapril, Ramipril

- Ubat jenis ACEI akan menghalang pembentukan angiotensin II , sejenis enzim yang terlibat dalam proses kenaikan tekanan darah. Bila angiotensin II ni tak terhasil, atau pun bila pengeluaran enzim angiotensin II ni kurang, salur darah dalam badan takkan mengalami pengecutan dan seterusnya membawa kepada penurunan tekanan darah.

- kalau doktor bagi Perindopril dan Enalapril, dua jenis ubat ni seeloknya diambil sebelum makan.

- kesan sampingan ubat: batuk, alahan (ruam), letih dan masalah buah pinggang. Bagitau doktor atau pegawai farmasi kalau korang rasa tak tahan dengan kesan sampingan ubat. Kalau dah makan ubat ni dalam tempoh lama dan kemudian korang perasan korang dah tak berapa kerap kencing - tolong bagitau doktor. Bagi orang perempuan, pastikan korang berbincang dengan doktor sebelum merancang kehamilan sebab perempuan mengandung tak boleh makan ubat ni.

2. Beta blocker

- contoh: Metoprolol, Atenolol, Bisoprolol, Propranolol, Labetalol, Carvedilol

- dari aspek pengurusan tekanan darah tinggi, ubat ni bertindak menghalang kesan hormon adrenalin dan noradrenalin dalam badan (adrenalin dan noradrenalin merupakan hormon yang menyebabkan otot salur darah mengecut dan menaikkan denyutan jantung - kedua2 kesan hormon2 ni menaikkan tekanan darah dalam badan)

- Bagi yang kena makan ubat Labetalol atau Carvedilol - dua jenis ubat ni elok diambil selepas makan makanan.

- Ubat jenis beta blocker tak boleh dimakan untuk mereka yang ada masalah jantung. Kalau orang yang makan ubat ni mengadu sakit dada, ataupun jantung dorang berdebar/berdegup laju secara konsisten (dalam keadaan dorang tenang), kena bagitau doktor tentang hal ni

- kesan sampingan ubat: erectile dysfunction untuk lelaki, loya, sesak nafas, pening. Bagitau doktor atau pegawai farmasi kalau korang rasa tak tahan dengan kesan sampingan ubat.

3. Calcium channel blocker

- contoh: Nifedipine, Amlodipine, Felodipine, Diltiazem, Verapamil

- ubat jenis ni mengurangkan proses pengecutan tisu salur darah dan otot jantung - seterusnya menurunkan tekanan darah.
- Felodipine sebaiknya diambil masa perut kosong (sebelum makan), Verapamil pulak seeloknya diambil lepas makan.

- kesan sampingan: kebiasaannya sembelit - so kalau makan ubat jenis ni, better makan banyak makanan berserat + minum banyak air kosong. Kesan lain macam perubahan degupan jantung (makin laju @ slow - terutamanya kalau diambil bersama ubat jenis beta blocker), kaki jadi bengkak/gemuk sebab pengumpulan air (oedema). Bagitau doktor kalau ada kesan sampingan.


4. Diuretics

- contoh: Hydrochlorothiazide, Frusemide/furosemide, kombinasi amiloride+hydrochlorothiazide, Spironolactone

- ubat jenis ni akan meningkatkan pengeluaran air kencing - mengurangkan isipadu bendalir dalam salur darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

- untuk semua jenis ubat diuretics ni, seeloknya diambil selepas makan. Kalau kena makan lebih dari sekali sehari (dua atau tiga kali sehari), bila nak makan untuk dos yang terakhir tu (yang kedua atau ketiga), dinasihatkan untuk makan ubat tu sebelum pukul 4 petang untuk elakkan daripada kerap kencing bila waktu malam.

- kesan sampingan: hypokalemia (kurang zat Potassium - sejenis elektrolite/garam yang penting untuk jantung). Sila bagitau doktor kalau ada perubahan dalam degupan jantung bila dah mula makan ubat jenis ni. Dan kurangkan makan makanan manis sebab satu lagi kesan sampingan ubat jenis ni ialah ubat ni boleh naikkan paras gula dalam darah.

5. Angiotensin receptor blocker (ARB)

- contoh: Irbesartan, Losartan, Telmisartan, Valsartan

- ubat jenis ni hampir sama macam ACEI, cuma sedikit perbezaan - ARB akan halang angiotensin melekat kat receptor berbanding ACEI yang halang pembentukan angiotensin. 

- ubat jenis ni boleh diambil sebelim atau selepas makan kecuali kalau jenis yang gabung dengan hydrochlorothiazide (Valsartan + Hydrochlorothiazide, nama jenama: Co Diovan, Irbesartan + Hydrochlorothiazide, nama jenama: Co Approvel) - yang jenis combine ni better diambil lepas makan.

- kesan sampingan: pening kepala.

6. Alpha blocker

- contoh: Prazosin, Terazosin, Doxazosin, Alfuzosin

- Walaupun begitu, ubat jenis ni bukan la pilihan utama untuk rawatan tekanan darah tinggi. Sebaliknya ubat jenis ni digunakan untuk masalah benign prostatic hypertrophy. Walaupun begitu, ubat jenis ni tetap berupaya menurunkan tekanan darah orang yang makan ubat ni.

No comments:

Post a Comment