Pages

Thursday, 8 May 2014

Awas !!! Bahaya Hati Berlemak

Pada kehidupan modern sekarang ini, makanan berkalori tinggi dan kurangnya aktivitas fisik mudah sekali membuat seseorang menjadi cepat gemuk. Akan tetapi selain kegemukan di bagian luar, organ tubuh bagian dalam pun dapat mengalami kegemukan yakni dalam hal ini hati mengalami perlemakan atau yang dikenal dengan penyakit perlemakan hati atau Fatty Liver. 

Apakah fatty liver itu?
Perlemakan hati berarti adanya pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam sel-sel hati kita. 

Secara umum, sel hati yang normal sudah mengandung lemak, namun kandungan lemaknya tidak tinggi. Ketika akumulasi lemak hati mencapai lebih dari 10% berat hati, hal inilah yang dikenal sebagai fatty liver. Pada keadaan ini, sebagian sel-sel liver yang sehat sudah diganti dengan sel lemak. Liver pun sudah berubah warnanya menjadi kuning mengkilat karena berlemak, membesar dan lebih berat dari keadaan normal. 

Fatty liver umumnya tidaklah berbahaya, karena fungsi liver sebenarnya juga tidak terganggu, akan tetapi dalam jangka panjang, fatty liverberpotensi menjadi penyebab kerusakan hati dan sirosis.

Jenis penyakit fatty liver dapat dimulai dari 1) Steatosis (hanya perlemakan hati), 2) Steatohepatitis (perlemakan hati disertai dengan inflamasi). Keadaan ini dapat terjadi karena (1) konsumsi alkohol yang berlebihan yang disebut dengan ASH (Alcoholic Steatohepatitis), atau (2) bukan karena alkohol yang disebut NASH (Nonalcoholic Steatohepatitis). 

Fatty liver jarang menimbulkan keluhan, karena penimbunan lemak ini terjadinya secara perlahan-lahan. Gejala klinis yang dikeluhkan penderita adalah perut terasa penuh, Hal ini disebabkan karena lemak kebanyakan menumpuk di hati bagian atas. Ketika kondisi memburuk, pasien bisa merasa letih, berat badan merosot, tidak nyaman di perut, lemah, dan pening. Penderita umumnya tidak mengetahui sedang menderita fatty liver dan baru diketahui setelah melakukan check up lengkap karena penyakit lainnya.

Apa penyebab dari perlemakan hati?
Jika hepatitis A, B, C lebih disebabkan karena virus, sedangkan gangguan perlemakan hati lebih diakibatkan oleh gaya hidup yang tidak sehat. Konsumsi makanan berlemak dan berkarbohidrat tinggi yang terlalu sering bisa menimbulkan perlemakan hati. Begitu juga dengan kebiasaan mengonsumsi alkohol, kondisi obesitas atau kelebihan berat badan. 

Beberapa hal lainnya yang dapat meyebabkan terjadinya fatty liver yakni antara lain :
- Obat-obatan. 
- Gangguan maupun perubahan hormonal misalnya kehamilan. 
- Sindrom gangguan metabolik. 
- Diabetes. 
- Penurunan berat badan yang drastis dan kekurangan gizi. 

Siapakah yang beresiko menderita fatty liver?

- 80% penderita fatty liver adalah obese untuk NASH (Nonalcoholic Steatohepatitis). Resiko fatty liver meningkat bagi yang kelebihan 
  berat dan obese. 
- Penderita diabetes. 
- Penderita dengan jumlah trigliserida yang tinggi.

Apakah konsekuensi dari perlemakan hati?
Perlemakan hati menyebabkan hati menyimpan lemak, padahal seharusnya ia membakar lemak dan membuang kelebihan lemak dari tubuh anda. Perlemakan hati sebetulnya merupakan akumulasi trigliserida dan jenis lemak lain di dalam sel hati. Jika ruangan pada hati dan sel-sel hati ini dipenuhi oleh lemak, maka hati tidak mampu menyaring dan membersihkan aliran darah secara efesien dan aliran darah menjadi penuh dengan racun dan lemak. 

Pengobatan terbaik bagi kondisi ini adalah meninggalkan hal-hal yang bisa menjadi faktor penyebab. Faktanya memang pada orang kegemukan, perlemakan di hati akan berkurang ketika berat badannya berkurang. Pada pengguna alkohol, kadar lemak di hati berkurang jika ia berhenti "minum". 

¨Yang penting dilakukan adalah mengubah gaya hidup menjadi lebih sehat sesegera mungkin dan jangan lupa pula untuk berolahraga teratur dan cukup istirahat yang berkualitas. Selain mengubah gaya hidup, disarankan juga untuk dapat mengkonsumsi makanan dan minuman yang dapat menjaga fungsi hati seperti curcumin. 

Wednesday, 7 May 2014

Bahaya Alahan atau " Allergy"

Jangan pandang remeh bila diri anda mengalami alahan teruk. Alahan kebiasaannya akan menyebabkan ruam, mata menjadi gatal, sukar bernafas, bersin, bengkak mulut, pening dan muntah.
Alahan dalam bahasa Inggerisnya, ‘allergy’ bermaksud perubahan aktiviti. Terjadinya alahan kerana tindak balas hipersensitif yang berlaku dalam sistem pertahanan badan yang bertindak apabila terdapatnya benda asing di badan manusia yang melalui kulit dan paru-paru. 
Sejarah keluarga yang mempunyai alahan terhadap benda asing tertentu mampu membuatkan seseorang menghidapi kerengsaan teruk yang mengganggu rutin seharian. 

Reaksi alahan ini mungkin terjadi dalam keadaan yang ringan atau serius sama ada berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah dengan ‘alergen’ bahan atau makanan tertentu. Namun ada juga yang alahan selepas beberapa hari atau minggu.

Anafilaksis adalah tindak balas alahan yang sangat teruk kerana berlaku secara tiba-tiba selepas tubuh sensitif dengan bahan tertentu. Ia boleh menyebabkan kematian jika lambat menerima rawatan perubatan.

Istilah ‘allergy’ ini dicipta oleh pakar kanak-kanak, Clemens Von Pirquet pada tahun 1906 selepas beliau mendapati sebilangan pesakitnya adalah hipersensitif yang tidak terlalu bahaya seperti debu atau makanan tertentu. 

Alahan adalah suatu reaksi yang berlebihan dari sistem pertahanan tubuh badan. Sistem kekebalan tubuh biasanya melindungi tubuh daripada virus dan bakteria dengan antibodi untuk melawan serangan alahan bakteria. 

Satu kajian yang dibuat mendapati bahawa alahan yang paling teruk pernah dialami oleh masyarakat sedunia adalah disebabkan hama atau habuk. 

Tahukah anda terdapat 10,000,000 hama yang ada di tilam dan bantal ketika kita sedang tidur? Hama tidak terlalu bahaya dan tidak membawa sebarang penyakit serius. Namun najis hama itu akan membuatkan alahan teruk kepada pesakit asma, resdung dan ekzema.

Bayangkan selama ini kita tidur beralaskan benda kotor yang mengandungi bakteria dan virus berbahaya. Tak takut atau geli ke?

Sentiasa disarankan agar membasuh dan menukar cadar tilam bagi mengelak hama atau habuk terkumpul dengan banyak sehingga menjejaskan kesihatan manusia. 

Alahan bergantung kepada ketahanan badan seseorang individu. Hama juga membuatkan manusia mudah untuk dapat jangkitan asma, sehingga membuatkan seseorang itu sukar bernafas, selsema dan gatal tekak serta hilang suara.

Dr. Zeldin dari Institut Kebangsaan Perkhidmatan Persekitaran Kesihatan, Amerika Syarikat mengesyorkan strategi baru untuk sarung tilam dan bantal agar terhindar daripada hama. 

Walaupun strategi ini tidak terus membunuh hama namun mampu memberikan sedikit maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan najis dan bahan buangan hama ini. 

Zeldin menyatakan, membasuh cadar dengan air panas sekurang-kurangnya sekali seminggu mampu mengurangkan jumlah terkumpul najis bakteria itu. 

Tujuan menerima rawatan adalah untuk mengurangkan gejala alahan ini daripada terus merebak dan berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan khas. Ia akan pulih dengan sendiri tanpa ada sebarang pengambilan ubatan tertentu. Krim atau ubat sapu juga mampu melegakan ruam alahan. 


Jenis-jenis alahan

1. Alahan makanan


Makanan adalah sumber tenaga kepada tubuh badan manusia. Namun harus diingatkan ada juga makanan yang membawa racun kepada sistem tubuh badan sehingga menyebabkan alahan teruk. Makanan laut seperti ketam, sotong dan udang akan membuatkan sebilangan pihak akan mengalami alahan gatal-gatal di seluruh muka dan tumbuh bengkak di bibir.


2. Alahan ubat 

Sesetengah ubat tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang itu. Jadi disarankan sebelum mengambil sebarang jenis ubat-ubatan, perlu mendapatkan nasihat dan pandangan doktor atau pegawai farmasi agar tidak berlaku kesan alahan yang berterusan. 


3. Alahan racun serangga

Apabila sistem tubuh yang tidak kuat dan lemah. Sesetengah golongan muda tidak tahan dengan bau racun serangga seperti ubat nyamuk sehingga terpaksa bertahan menutup hidung dengan kain.


4. Alahan haiwan

Bulu-bulu halus pada tubuh haiwan juga boleh mengakibatkan individu itu alami alahan. Seperti bulu kucing yang terlekat di hidung dan tangan akan menyebabkan bersin teruk dan selsema. Jika membela kucing atau haiwan berbulu yang lain, pastikan sentiasa memandikan haiwan itu dengan bersih sebelum membelai dan menyentuhnya. 


5. Alahan bahan kimia

Ada remaja yang mengalami alahan dengan bahan kimia tertentu yang akan mengakibatkan ruam merah di badan dan kawasan sensitif di tubuh. 


6. Alahan minuman

Remaja yang tidak tahan sejuk disarankan tidak mengambil minuman berais. Bukan hanya ais tetapi juga alah dengan minuman yang lain. Bayi yang masih kecil juga alah dengan susu sehingga menyebabkan tompok merah dan ruam. Jadi ibu yang masih muda harus memilih susu formula yang sesuai untuk bayi. 


Cadangan
  • Apabila masuknya waktu malam, tutup tingkap untuk menghalang debunga atau kulapuk masuk ke dalam rumah. 
  • Gunakan penyaman udara yang dapat membersihkan dan mengeringkan udara. 
  • Pakai topeng yang melindungi debu semasa melakukan aktiviti pembersihan rumah dan makan ubat-ubatan sebelum melakukan aktiviti itu.
  • Harus diingatkan tidak mengambil ubat secara berlebihan dos, bimbang gejala dan kesan buruk lain pula yang berlaku.   

  • Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alamak_Alahanteruk/Article
  • Tuesday, 6 May 2014

    Gejala Penyakit Kencing Manis

    Terdapat banyak tanda-tanda Kencing Manis Jenis 1 dan Kencing Manis Jenis 2 adalah sama. Persamaan yang terutama adalah bacaan glukosa darah yang tinggi. Gula darah tinggi dalamDiabetis Jenis I adalah disebabkan oleh kekurangan insulin kerana sel yang menghasilkan insulin telah musnah. Diabetis Jenis 2 pula berlaku apabila sel-sel badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin yang hadir. Tak kira mana-mana satu jenis diabetis, sel-sel badan anda tidak dapat memperolehi glukosa yang mereka perlukan, dan badan anda akan memberi amaran degan menunjukkan tanda-tanda berikut:
    Pembuangan Air Kecil Yang Kerap
    Adakah anda melawat bilik air dengan lebih kerap sejak kebelakangan ini? Adakah anda rasa seperti anda mahu kencing sepanjang hari? Kekerapan kencing bertambah apabila terdapat terlalu banyak glukosa di dalam darah. Jika insulin tidak wujud atau tidak berkesan, buah pinggang terpaksa menyingkirkan gula lebihan ini melalui air kencing yang banyak. Ini akan menjadikan pundi kencing anda kerap penuh dan anda terpaksa ke bilik air untuk membuangkan takungan air kencing.
    Kerap Rasa Dahaga
    Jika anda merasa seperti anda tidak boleh mendapat air yang cukup walaupun anda telah minum lebih daripada biasa, ia juga merupakan satu simptom kencing manis, terutamanya jika anda turut mengalami masalah kencing yang kerap. Kehilangan air yang banyak menyebabkan anda menjadi ‘kering’ dan berasa perlu untuk minum lebih untuk menggantikan air yang hilang.
    Kehilangan Berat Badan Yang Mendadak
    Gejala ini adalah lebih ketara bagi pesakit kencing manis Jenis 1. Dalam Diabetis Jenis 1, pankreas berhenti menghasilkan insulin. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh seranganvirus terhadap sel-sel pankreas ataupun serangan imunisasi sendiri terhadap sel-sel pankreas. Apabila badan sangat memerlukan sumber tenaga dan sel-sel tidak dapat memperolehi glukosa, badan akan mula memecahkan tisu otot dan lemak untuk tenaga.
    Kerap Rasa Lemah dan Letih
    Glukosa daripada pencernaan makanan yang kita makan akan diserap masuk ke dalam aliran darah dan insulin sepatutnya membantu peralihan glukosa ke dalam sel badan kita. Sel-sel menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga yang kita perlu untuk hidup. Apabila insulin tiada wujud ataupun sel-sel tidak bertindak balas kepadanya lagi, maka glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan dan terapung di luar sel-sel dalam aliran darah. Lama kelamaan sel-sel badan akan kebuluran dan anda berasa letih dan lesu sentiasa.
    Kekebasan pada Tangan atau Kaki
    Gejala ini dikenali sebagai neuropati. Ia berlaku beransur-ansur melalui dan menyebabkan kerosakan sistem saraf, khususnya di bahagian kaki. Kencing manis jenis 2 bermula dengan beransur-ansur, dan mangsa sering kali tidak sedar bahawa mereka telah mendapatinya. Terdapat banyak kes di mana gula darah mungkin telah tinggi untuk beberapa tahun sebelum diagnosis dibuat. Kerosakan saraf boleh merebak tanpa pengetahuan kita. Neuropati seringkali boleh dipulihkan dengan mengembalikan paras gula darah kepada tahap normal.
    Tanda-tanda Lain Yang Boleh Wujud
    Tanda-tanda kencing manis yang lain seperti penglihatan kabur, kulit yang kering atau gatal, jangkitan yang kerap atau luka dan lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh juga merupakan amalan awal bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada badan anda.
    Jika anda mendapati mana-mana tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang boleh mengenalpasti sama ada anda telah menghidap penyakit kencing manis atau tidak.