Pages

Saturday, 31 May 2014

AWAS..Gejala Penyakit Beguk.

Apa Itu Penyakit Beguk

Penyakit beguk adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus). Ianya di sebarkan melalui udara oleh orang yang dijangkiti beguk samaada dari beresin, batuk dan sebagainya. Kanak- kanak boleh dijangkiti Beguk dari kawan-kawannya .

Tanda-tanda Penyakit Beguk

Tanda-tanda penyakit beguk adalah demam, berasa letih, bengkak pada kelenjar liur parotid iaitu kelenjar di belakang rahang bawan berhampiran terlinga. Kelenjar ini membengkak samada sebelah atau kedua-dua belah sekali.

Bila Beguk Boleh Menjangkit.

Kanak-kanak (atau dewasa) boleh menyebarkan Virus Mumps itu kepada orang lain dan kanak-kanak lain. Ia boleh menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar bengkak dan 9 hari selepas kelenjar itu mula membengkak.
Jika seseorang tidak pernah mengidap beguk maka ia adalah terdedah kepada penyakit ini. Seseorang yang pernah dijangkiti penyakit ini akan mendapat pertahanan terhadap kuman ini sepanjanng hayatnya.

Apakah Ubat Untuk Beguk

Beguk tidak mempunyai ubat kerana tiada ubat untuk membunuh Virus itu. Ubat yang diberikan hanya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada kelenjar liur. itu Ubat Paracetamol untuk demam dan rehat yang cukup.

Adakah Beguk Boleh Dielakkan

Ya. Beguk boleh dielakkan dengan mengambil Immunisasi untuk beguk ketika kanak-kanak berusia kira-kira sembilan bulan diambil sekali gus . Immunisasi ini biasanya boleh diambil di klinik-klinik swasta (tidak termasuk dalam program immunisasi kementerian kesihatan). Immunisasi ini dinamakan MMR (untuk pertahanan Measles, MUMPS dan Rubella)

Komplikasi (kesan sampingan)

1. Beguk boleh menyebabkan bengkak pada Buah Zakar (Orchitis) pada masa yang sama dan ini boleh memyebabkan kemandulan.

2. Beguk juga boleh menyebabkan komplikasi seperti 'Pancreatis' , iaitu kerosakan pada kelenjar pancreas di dalam perut.


Sumber dari : http://kebajikan-selangor.tripod.com/id16.html

Thursday, 29 May 2014

Khasiat Daun Sirih

Daun sirih ada beberapa macam jenisnya, yaitu daun sirih merah, sirih hijau dan sirih hitam. Namun yang populer di masyarakat adalah sirih merah dan sirih hijau. Ketiganya bisa dibedakan dari warna daunnya.

Daun sirih hijau banyak ditemukan merambat diantara pepohonan di daerah pedesaan dan lebih dulu digunakan sebagai tanaman herbaldibanding sirih merah. Sementara sirih merah sendiri bisa ditemukan di daerah hutan yang tidak terlalu lebat. Fungsinya lebih kepada dijadikan tanaman hias karena warnanya yang cukup bagus. Namun seiring dengan perkembangan pengetahuan manusia, sirih merah mulai dilirik menjadi tanaman obat tradisional.

Beberapa kandungan yang terdapat pada minyak atsiri yang dihasilkan oleh daun sirih adalah minyak terbang (betiephenol), seskuiterpen, pati, diastase, gula dan zat samak dan kavikol yang memiliki daya mematikan kuman, aktioksidasi dan fungisida, anti jamur.

Manfaat Daun Sirih Merah


Sirih Merah
Gambar Sirih Merah
Selain bersifat antiseptic, sirih merah juga bisa dipakai untuk mengobati penyakit diabetes, dengan meminum air rebusan sirih merah setiap hari akan menurunkan kadar gula darah sampai pada tingkat yang normal.

Selain itu tanaman sirih merah mempunyai manfaat menyembuhkan penyakit ambeien, keputihan dan bisa digunakan sebagai obat kumur, karena alkaloid di dalam sirih merah inilah yang berfungsi sebagai anti mikroba.

1. Mengatasi Keputihan

Khasiat daun sirih merah ini digunakan untuk mengurangi keputihan dan menjaga organ kewanitaan, karena salah satu khasiat dari daun sirih merah adalah sebagai antiseptic. Yaitu dengan merebus 7-10 lembar daun sirih merah, lalu menggunakan air rebusan untuk membilas organ kewanitaan.

2. Menghilangkan bau badan

Ambil daun sirih 2-3 lembar direndam dalam air panas 1/2gelas.ditambah satu sendok teh gula putih. Biarkan sampai air suam-suam kuku. Setelah sirihnya diambil, airnya diminum.

3. Menghilangkan Bau Mulut

Satu lembar daun sirih setelah dicuci bersih dikunyah-kunyah, ditahan bebearapa menit dalam mulut lalu diludahkan. Kerjakan hal itu 2-3 kali sehari. Cara lainnya rebus 5-6 lembar daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Dinginkan dan saring dan setelah itu untuk kumur-kumur setiap pagi dan sore. 

Kandungan dan Manfaat Sirih Hijau


Sirih Hijau
Gambar Sirih Hijau
Menurut literatur, kandungan daun sirih hijau sangat banyak. Beberapa kandungan tersebut antara lain: minyak atsiri, fenil propana, estragol, kavicol, hidroksikavicol, kavibetol, caryophyllene, allylpyrokatekol, cyneole, cadinene, tanin, diastase, pati, terpennena, seskuiterpena, dan gula. Semua zat itu, menyebabkan sirih seperti ditakdirkan menjadi tanaman yang dapat menyehatkan manusia, karena kaya manfaat dan kegunaannya.

Berikut ini beberapa manfaat dan khasiat daun sirih hijau untuk kesehatan:

1. Cairan daun Sirih Hijau, bisa untuk obat semprot hama dan tidak mematikan tanaman. Penyakit dan kutu yang menyerang tanaman bisa sirna.

2. Bisa untuk mengobati sakit gigi dan gusi bengkak. Caranya mudah, kunyah daun Sirih Hijau secukupnya. Atau berkumur dengan rebusan daun sirih ini. Sakit gigi dan gusi bengkak, berangsur-angsur akan hilang.

3. Daun Sirih Hijau, dipercaya bisa untuk mengobati keputihan. Rebus daunnya dengan porsi secukupnya. Bisa diminum, disamping itu airnya untuk membasuh vagina.

4. Bagi mereka yang terkena sariawan, daun Sirih Hijau, bisa dijadikan solusi yang baik. Kunyah daunnya atau kumur dengan rebusannya. Daun sirih hijau bisa menyembuhkan sariawan.

5. Bila secara rutin berkumur dengan rebusan Sirih Hijau, bau mulut tidak sedap pun akan hilang.

6. Sirih Hijau, daunnya juga dipercaya bisa untuk mengobati demam berdarah. Minum rebusan daunnya, bisa mematikan kuman penyebab demam berdarah. Atau oleskan gilingan daun Sirih Hijau ke tubuh, dibalurkan, nyamuk penyebab demam berdarah tidak berani menggigitnya.

7. Meminum air rebusan bisa memperlancar haid yang tidak teratur

8. Bisa untuk mengobati Asma

9. Mengobati radang tenggorokan

10. Air rebusannya dapat digunakan untuk membersihkan mata

11. Dapat menghilangkan bau ketiak

12. Mampu mengobati luka bakar. Caranya ambil daun Sirih Hijau, panaskan supaya layu, lalu tempelkan pada luka bakar.

13. Bila hidung keluar darah terus (mimisan), gulungan daun Sirih Hijau yang disumpalkan di hidung, bisa membuat darah yang keluar pun terhenti. Jadi bisa dijadikan obat mimisan.

14. Menghilangkan gatal-gatal di kulit. Caranya balurkan tumbukan daun Sirih Hijau, ke bagian tubuh yang gatal-gatal, niscaya gatalnya jadi reda atau bahkan hilang sama sekali.

15. Daun Sirih Hijau juga bisa untuk mengobati eksim, atau penyakit kulit lainnya.

16. Tanaman Sirih Hijau, ternyata bisa mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain. Di sekitar lokasi tanaman ini, semut dan serangga akan menyingkir.

Nah, jangan pernah ragu untuk menanam tanaman sirih di pekarangan rumah Anda. Karena selain bagus untuk dijadikan tanaman hias, daun sirih hijau dan sirih merah ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesehatan.

Sumber dari : http://manfaatnyasehat.blogspot.com/2013/06/manfaat-daun-sirih-merah-dan-hijau.html

Friday, 23 May 2014

Kanser Pangkal Rahim / Kanser Servik

KANSER PANGKAL RAHIM / KANSER SERVIK
Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000 populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina, seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).

FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM 

Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah: 
  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut: 

  1. Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak
AKIBAT KANSER PANGKAL RAHIM


Apakah akibatnya jika kanser pangkal rahim tidak dirawat ataupun rawatan yang diberikan lewat? Kesan akibat kanser pangkal rahim terbahagi kepada 3  kesan utama:

1. Kesan Fizikal
2. Kesan Psikologi dan Sosial
3. Beban kepada ahli keluarga

APAKAH KAEDAH RAWATAN KANSER PANGKAL RAHIM.

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi


Maklumat-maklumat lain yang patut anda ketahui adalah seperti berikut:
  • Jenis ujian yang dilakukan untuk mengesan kanser pangkal rahim
  • Jenis pembedahan yang dilakukan
  • Rawatan selepas pembedahan
  • Rawatan Radioterapi
  • Rawatan Kemoterapi
  • Bagaimana mengesan kanser berulang
  • Langkah-langkah pencegahan kanser berulang
  • Imej-imej yang jelas mengenai aspek-aspek penting kanser pangkal rahim.