Pages

Tuesday, 6 May 2014

Gejala Demam Kencing Tikus

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
kencing tikus
Faktor risiko:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda/Gejala:
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan: Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycinboleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan:
  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Gejala Selsema Burung

Walaupun virus selesema jenis A tidak biasanya menjangkiti manusia, terdapat beberapa kes jangkitan dan wabak selesema burung yang dilapurkan sejak tahun 1997. Kebanyakan kes jangkitan selesema burung kepada manusia dikatakan berlaku hasil sentuhan langsung dengan haiwan ternakan yang telah dijangkiti, atau permukaan yang tercemar. Akan tetapi, terdapat banyak yang masih perlu dipelajari tentang pelbagai sub-jenis atau variasi virus selesema burung yang boleh menjangkiti manusia. Contohnya, kita tidak mengetahui bagaimana perbezaan di antara variasi yang rendah atau tinggi kandungan patogenik boleh memberi kesan dan risiko kesihatan kepada manusia. Di antara kes jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang telah direkodkan, penyakit yang disebabkan virus yang paling tinggi kandungan patogenik dilihat lebih berbahaya.
Oleh kerana kebimbangan terhadap potensi penyebaran jangkitan yang lebih meluas dalam populasi manusia, pihak berkuasa kesihatan tempatan memantau secara dekat semua wabak jangkitan manusia yang dikaitkan dengan selesema burung. Sehingga kini, jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang dikesan sejak 1997 tidak menjadikan pemindahan antara manusia sesuatu yang berterusan. Walau bagaimanapun, oleh kerana virus-birus selesema berpotensi untuk bertukar dan merebak secara mudah sesama manusia, usaha pemantauan jangkitan manusia dan pemindahan antara manusia adalah sangat penting.

Tanda-tanda Selesema Burung kepada Manusia
Tanda-tanda jangkitan selesema burung kepada manusia yang dilaporkan terdiri dari tanda jangkitan selesema yang biasa (seperti demam, batuk, sakit tekak dan sengal otot) sehinggalah jangkitan mata (�conjunctivitis�), radang paru-paru, kesulitan pernafasan yang teruk, radang paru-paru yang berjangkit, dan komplikasi lain yang boleh membawa maut.
Pesakit yang mempunyai selesema atau radang paru-paru ataupun penyakit pernafasan akan dianggap telah dijangkiti selesema burung sekiranya dia telah membuat sentuhan langsung atau tidak langsung ke atas ayam yang sakit atau burung yang telah dijangkiti.
Pengesahan dari makmal mengenai jangkitan selesema burung dan kaitan wabak dengan kematian yang tidak normal atau wabak di kalangan ayam akan menyokong kajian ke atas selesema burung.

Punca / Penyebab Selesema Burung

Selesema burung berpunca dari sub-jenis virus selesema A yang menjangkiti ayam, itik dan burung-burung lain. Virus-virus ini yang mengakibatkan penyakit yang tidak serius boleh bertukar / bermutasi kepada virus yang boleh menyebabkan penyakit serius (paling merbahaya).
Sehingga kini, semua wabak jangkitan virus yang paling merbahaya berpunca dari virus selesema A/H5N1, iaitu satu-satunya sub-jenis yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk kepada manusia.

1.Burung-burung ternakan boleh mendapat jangkitan sekiranya:
  • bergerak bebas
  • berkongsi bekalan air dengan burung-burung liar
  • menggunakan bekalan air yang telah dicemari dengan najis dari haiwan yang telah dijangkiti
2. Peralatan, kenderaan, makanan, sangkar atau pakaian yang tercemar, terutamanya kasut boleh memindahkan virus itu dari ladang ke ladang
3. Pasar basah di mana ayam hidup dan burung-burung lain di jual dalam keadaan yang penuh sesak dan tidak bersih.

Selesema burung dipindahkan kepada manusia dari sentuhan langsung atau tidak langsung dengan itik liar dan ayam melalui udara, buangan dan permukaan yang telah tercemar dengan virus.
Orang yang mengendalikan ayam yang telah dijangkiti atau berada dekat atau di dalam ladang atau pasar di mana ayam yang sakit boleh menyedut partikel daripada bahan buangan yang kering atau najis yang dijangkiti virus selesema burung.
Bahan buangan boleh terkena hidung atau mata orang yang mengendali ayam yang telah dijangkiti.
Tiada terdapat laporan kes selesema burung kepada manusia selepas mengendalikan ayam yang telah dimasak. Oleh kerana virus itu mudah dinyah-aktifkan melalui haba, seseorang tidak boleh mendapat selesema burung dari daging ayam yang telah dimasak sepenuhnya. Tiada bukti pemindahan antara manusia.
Top

Faktor-faktor risiko
Faktor risiko terbesar untuk selesema burung ialah sentuhan dengan burung-burung yang sakit atau permukaan yang dicemari bulu, air liur atau najis mereka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan sejumlah kes melibatkan pemindahan selesema burung antara manusia yang terhad. Tetapi jika tidak kerana pemindahan sebegitu tersebar secara meluas, burung atau permukaan yang telah dijangkiti merupakan penyebab yang paling berbahaya.
Walaupun begitu, corak pemindahan jangkitan antara manusia tetap menjadi misteri. Kanak-kanak kecil dilihat lebih mudah dijangkiti virus. Sesetengah saintis membayangkan golongan itu lebih cenderung kepada menghidu habuk atau najis yang telah dijangkiti. Di sebalik itu, puluhan ribu pekerja Asian yang tidak terlindung dan terlibat dalam menyembelihan ayam tidak pula dijangkiti penyakit. Pada masa ini, bilangan orang yang telah dijangkiti telalu sedikit untuk kita mengetahui semua faktor risiko yang mungkin untuk selesema tersebut.
Top

Bila masa sesuai untuk meminta nasihat kesihatan
Sila berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda selesema, termasuk demam, batuk dan sengal otot, dan jika anda telah melancong ke kawasan yang terdapat selesema burung. Sila pastikan anda memberitahu doktor bila dan ke mana anda telah melancong, atau sekiranya anda telah pergi ke mana-mana ladang atau pasar terbuka.
Doktor mempunyai ujian yang cepat untuk mengenali virus selesema, tetapi ujian berkenaan tidak dapat membezakan antara selesema burung dengan virus selesema A lain. Atas sebab itu, bahan contoh dari mana-mana orang yang disyaki dijangkiti selesema burung akan dihantar ke makmal kesihatan negeri atau Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention (CDC)) untuk dianalisa.
Top

Komplikasi/Kesulitan
Kebanyakan orang yang dijangkiti selesema burung mempunyai tanda selesema yang biasa. Sesetengahnya pula mengalami kesulitan yang boleh membawa maut, seperti radang paru-paru viral dan sindrom kesulitan pernafasan yang serius, yang menyebabkan kantung udara dalam paru-paru dipenuhi dengan lendiran berbanding dengan udara, sehingga membawa kepada kesukaran bernafas yang teruk.
Tetapi komplikasi terbesar selesema burung masih lagi tidak terbukti � variasi virus baru yang boleh tersebar antara manusia. Jika seseorang yang dijangkiti virus selesema burung dan manusia sekaligus, penyusunan semula bahan genetik mungkin menghasilkan sub-jenis virus baru yang berdasarkan gen manusia. Ini boleh menyebabkan virus itu menjadi sangat mudah berjangkit, dan dengan ketiadaan kekebalan dalam populasi dunia, keadaan ini boleh membawa maut.
Setakat ini, keadaan itu masih belum berlaku. Beberapa kes pemindahan jangkitan antara manusia telah dilaporkan berlaku, tetapi semuanya dalam kadar yang terhad. Tetapi, beberapa pengawai kesihatan masih berpendapat virus burung hanya menunggu masa untuk tersebar dengan mudah di kalangan manusia.

Saturday, 3 May 2014

Gejala Demam Campak

INFO: KENALI CAMPAK
Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot
Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.
INFO CAMPAK
Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL
Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.


BERTINDAK SEGERA

Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.
Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.
Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Bila Demam Kebah?
Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Adakah Ada Komplikasi Sampingan?
Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?
*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.