Pages

Wednesday, 12 November 2014

Perhatian Kaum Lelaki ..Haematospermia - Air Mani Bercampur Darah

Haematospermia atau campuran darah dalam air mani jarang berlaku kepada lelaki, sebilangan daripada mereka mungkin tidak sedar dan sebahagian lagi sedar dan cemas berhubung kejadian itu.

Ia boleh berlaku bila-bila masa, secara mikroskopik iaitu sel darah merah hanya kelihatan apabila air mani diteliti dengan mikroskop atau kelihatan jelas dengan warna air mani bertompok merah atau merah dan coklat secara menyeluruh.


 Sakit Bila Ejakulasi

Ada kalanya lelaki yang mengalami haematospermia berasa sakit setiap kali mencapai ejakulasi dan air mani berwarna merah cerah, seolah-olah ada geselan air mani dalam salur kencing, sama ada bahagian hujung zakar atau paras pangkal zakar.

Jika terasa perit pada penghujung zakar, kemungkinan salur bahagian itu melecet, maka ada campuran darah dalam air mani. Jika lelaki itu membuang air kecil, tentu terasa perit dan mungkin ada luka pada penghujung lubang kencing. Apabila melecet itu hilang, air mani kelihatan normal.

Jika keperitan dirasai di pangkal, kemungkinan ada kaitan dengan batu karang. Mungkin ada batu karang dalam salur pundi prostat dan pundi seminal.

Air mani yang keluar bercampur darah akan berwarna lebih coklat disebabkan oleh darah beku. Keadaan ini menjadi seperti sedia kala apabila batu karang itu terlepas keluar atau hancur dalam salur pundi prostat.


Sperma Masih Aktif

Sperma dalam air mani yang mengandungi darah adalah masih aktif dan lelaki itu masih mampu membuatkan pasangan wanitanya hamil. Biasanya apabila haematospermia berlaku, pasangan akan cemas dan terfikir pelbagai perkara seperti kanser dan jangkitan.

Tak Perlu Takut

Pasangan akan rasa takut untuk meneruskan hubungan seksual dalam keadaan begitu. Ini dijangka jika haematospermia berlanjutan walaupun tidak rasa sakit.

Haematospermia bukan petanda lelaki itu mandul, membawa kuman atau mendapat jangkitan dan boleh menjangkiti pasangannya. Andainya sperma normal bercantum dengan telur wanita, janin tidak terencat walaupun lelaki itu menghasilkan sperma bercampur darah.

Simptom ini bukan petanda awal barah salur kencing atau pundi prostat atau seminal, haematospermia akan reda dan boleh kembali semula pada bila-bila masa.


Rawatan

Bagi lelaki yang mengalami haematospermia, rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan termasuklah melakukan ujian X-ray KUB (buah pinggang, salur kencing dan pundi kencing) untuk meneliti kemungkinan ada batu karang di situ.

Jika ada batu karang, doktor akan beri ubat untuk melegakan salur kencing dan salur prostat supaya batu karang boleh keluar. Biasanya tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan batu karang dalam salur prostat kerana ia sangat kecil dan mudah hancur.

Haematospermia jarang berpunca daripada keradangan pundi prostat yang kronik.








Sumber dari : http://www.sihatselalu.com.my/2010/09/haematospermia-air-mani-berdarah.html

No comments:

Post a Comment