Pages

Monday, 8 September 2014

Khasiat Bekam Angin dan Bekam Sunnah


Khasiat Bekam Angin

Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah,kawasan yang dibekam adalah bahagian belikat dan bahagian dada.Khasiat kaedah bekam ini ialah dapat mengeluarkan angin dari badan,menyegarkan badan,menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.

Info Ringkas Tentang Kaedah Bekam Angin & Bekam Sunnah..

Kaedah Bekam Angin

-Ia juga dikenali sebagai bekam cina/bekam kering dan ia bukan sunnah nabi.

-Ia dilakukan dibahagian belakang badan/dada.

-Proses ini melibatkan jumlah cup yang banyak iaitu 15-20cup.

-Tiada tusukan jarum dan proses pengeluaran darah dari badan.

-Cup diletakkan kira-kira 20min pada anggota badan bagi proses pengeluaran angin dari dalam badan.

-Boleh melakukan rawatan ini dengan kerap dan tiada kesan sampingan.

-Akan ada kelihatan wap-wap air pada cup bekam selepas tamat rawatan ini.
-Manfaat kaedah bekam ini akan membuatkan badan terasa ringan dan menghilangkan kelesuan badan.

Kaedah Bekam Sunnah

-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.

-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.

-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.

-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.

-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.

-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula minyak but-but untuk memaksimumkan kesembuhan.

-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN.


Khasiat Bekam DarahBekam darah adalah bekam sunnah dan ia dapat menghindari 93 jenis penyakit dimasa-masa akan datang. Bekam darah amat berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, migrain, resdung, gout, sihir, penyakit kulit dan banyak lagi.

Dalil-dalil tuntutan berbekam1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay”Hadith Sahih Al Bukhari


HARI YANG DILARANG BERBEKAM DARAH
Setiap hari RABU kerana hari tersebut turunnya penyakit kusta.


WAKTU DAN TARIKH YANG DIGALAKKAN BERBEKAM DARAH

1) 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.

2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.

3) Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.


76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka


KHAS UNTUK WANITA : Rawatan BEKAM di Kelantan Hubungi
Fair Lady Beauty Aesthetic
Wisma Nik Suria, Jalan Kebun Sultan
15300 Kota Bharu Kelantan
Tel : 019-9367336 ( Pn Nurul )





No comments:

Post a Comment