Tuesday, 3 June 2014
Khasiat Buah Tomato
Khasiat tomato mentah
Selain memakan tomato yang di masak sebagai masakan contohnya sos pasta, tom yam dan sebagainya. bagi mendapatkan khasiat tomato yang optimum, kita di galakkan untuk memakan tomato mentah yang segar. boleh di nikmati sebagai salad segar atau di makan mentah begitu sahaja, tomato mentah merupakan snek pengalas perut yang terbaik. antara khasiat-khasiat tomato mentah adalah seperti berikut.
sumber anti-oksidan
tomato mengandungi beta-carotene yang bertindak sebagai anti-oksidan untuk tubuh badan. selain itu juga, tomato di perkaya dengan vitamin A dan C menjadikan tomato anti-oksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.
kesan merokok
bagi seorang bekas perokok, jangan abaikan kebaikan tomato kepada bekas perokok. ini kerana tomato mengandungi asid chologenic dan caumaric bertindak sebagai agen untuk melawan karsinogen di dalam tubuh badan yang di sebabkan oleh sisa-sisa rokok.
melawan kanser
kajian mendapati bahawa amalan memakan tomato mengurangkan mendapat kanser perut dan usus besar. ini kerana terdapat lycopene di dalam tomato, anti-oksidan semulajadi yang menghalang pertumbuhan sel kanser.
mengawal diabetes
tomato mengandungi kromium yang membantu pesakit diabetes mengawal kadar gula di dalam darah mereka.
menyihatkan jantung
kalium dan vitamin B di dalam tomato merupakan nutrien yang berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol.
menyihatkan mata
tomato kaya dengan vitamin A yang lebih di kenali dengan vitamin untuk mata. memakan tomato sangat bagus untuk mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghadapi rabun malam.
mencegah batu buah pinggang
memakan tomato tanpa biji mampu mengurangkan risiko mendapat sakit batu buah pinggang. jadi, jangan abaikan khasiat tomato ini.
mencerahkan kulit
kandungan lycopene di dalam tomato mampu membantu mencerahkan kulit. jadi tidak hairanlah pengusaha bahan kosmetik giat menggunakan tomato sebagai bahan asas penjagaan kecantikan. tetapi bagi yang ingin mendapatkan rawatan secara semulajadi dengan tomato, boleh mencuba menjadikan tomato sebagai masker atau pencuci muka. amalkan secara konsisten untuk kulit yang lebih cerah, bersinar dan tampak segar kemerahan.
menguatkan tulang
kandungan kalsium dan vitamin K di dalam tomato membantu kita menguatkan tulang.
mencantikkan rambut
amalam memakan tomato yang konsisten membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau. ini kerana, kandungan vitamin A di dalam tomato membantu menyihatkan dan mencantikkan rambut.
Sumber dari : http://bicaradengantuhan.blogspot.com/2014/02/khasiat-tomato-mentah.html#.U43GQfmSzSs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment