Tanda dan Gejala Kanser Prostat
Kebanyakan lelaki yang mengidap kanser ini diperingkat awal kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.Namun ketika penyakit ini telah menunjukkan gejalanya,kemungkinan tanda-tanda di bawah akan berlaku:
1. Masalah kencing
- Tidak boleh buang air kecil
- Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
- Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
- Aliran air kencing menjadi lemah
- Rasa sakit ketika kencing
2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi
3. Darah dalam urin atau air mani
4. Sering sakit di bawah punggung,pinggang, atau bahagian atas paha
Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.
Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.
Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat
Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser yang biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.
Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser ini:
- Umur lebih dari 65 tahun: Usia merupakan faktor risiko utama untuk kanser prostat.Kebarangkalian untuk mendapat kanser prostat meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Di Amerika Syarikat, kebanyakan lelaki dengan kanser prostat di atas 65. Penyakit ini jarang berlaku pada lelaki di bawah 45.
- Sejarah keluarga: Risiko anda lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.
- Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit putih atau Hispanik / Latino.
- Perubahan nyata kelenjar prostat:Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.
- Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat. Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser pros tat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui. Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2.
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor risiko yang memungkinkan seseorang mempunyai kanser prostat masih di dalam kajian.Sebagai contoh, para penyelidik masih mengkaji apakah vasektomi (pembedahan untuk memotong atau mengikat tabung yang membawa sperma keluar dari testis) boleh menyebabkan risiko, tetapi kebanyakan kajian tidak menemukan peningkatan risiko. Juga, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat kanser tersebut tidak meningkat dengan menggunakan tembakau atau alkohol, BPH, penyakit yang menular disebabkan seksual, obesiti, kurang olahraga, atau diet yang tinggi lemak haiwan atau daging.
Menurut Institut Kanser Kebangsaan,cancer prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.
Menurut Institut Kanser Kenagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser-prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser ini adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia.
Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh.
No comments:
Post a Comment