Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:- tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
- susu atau yogurt rendah lemak;
- sup jernih.
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
- protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
- karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
- dan, banyak sayur-sayuran.
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
- nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
- bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
- dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:- Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
- Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
- Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Sumber DARI :
http://www.babycenter.com.my/a1028984/tip-tip-kesihatan-semasa-hamil-dan-berpuasa#ixzz2av94P7Da
No comments:
Post a Comment