RADANG BATU HEMPEDU
PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak. Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.
Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.
Gejala Batu Hempedu
Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala/sakit. Antara gejala penyakit batu hempedu ialah :
- Sakit pada bahagian atas perut
- Terasa perut kembung selepas makan, terutamanya apabila makan makanan yang berlemak.
- Mata dan kulit menjadi kekuning (tahap kritikal dan tak sesuai untuk rawatan alternative ini, seelok-eloknya terus mendapatkan rawatan di hospital)
- Loya dan muntah
Bahan Yang Diperlukan :
- 2 cawan minyak zaitun tulin (Boleh beli kat pasaraya. i.e. Jusco)
- 1 cawan jus lemon segar yang diperah.
- Jus nenas/anggur
Kaedah :
Pilih 2 hari yang sesuai untuk melakukan rawatan. Satu hari untuk rawatan dan sehari untuk berehat setelah melakukan rawatan.
Pukul 12 tengah hari pada hari rawatan
Berhenti daripada makan makanan pepejal. Minum jus buah-buahan sebanyak mana yang boleh. Digalakkan meminum jus apple hijau segar.
Pukul 6.30 pm
Berhenti daripada meminum sebarang minuman/air.
Pukul 7.00 pm
1. Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.
2. Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.
3. Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.
4. Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.
5. Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).
6. Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelab atau hitam. Itulah batu hempedu.
Nota :
1. Jika terasa nak muntah semasa meminum minyak zaitun dan jus lemon, anda boleh meminum sedikit jus nenas/anggur.
2. Jika terasa sukar untuk meminum minyak zaitun dan jus lemon, ambil selang waktu yang lebih panjang, cuba selang waktu 20 minit.
Sumber rujukan :
No comments:
Post a Comment