Sejak dari dahulu lagi, risiko kanser payu dara di kalangan wanita adalah 1 bagi setiap 8 orang. Lebih awal kanser payu dara dikesan, lebih besar peluang untuk rawatannya berjaya. Pemeriksaan sendiri payu dara merupakan satu kaedah yang sangat mudah, penting dan berkesan untuk mengesan kanser payu dara di peringkat awal.
Risiko
~ Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara.
~ Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payu dara. Risiko lebih tinggi bagi ibu, anak, adik atau kakak ahli keluarga yang mendapat kanser payu dara. Risiko anda mendapat kanser selepas umur 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda.
~ Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih 30 tahun.
~ Wanita yang mengalami haid lebih awal (sebelum umur mencapai 12 tahun) atau lewat putus haid (selepas umur 55 tahun).
Pengurusan sendiri
Bilakah anda perlu melakukan pemeriksaan sendiri payu dara?
~ Sebulan sekali.
~ 7-10 hari dari permulaan haid yang akan datang.
~ Jika anda tidak lagi datang haid, lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalendar sebagai peringatan anda.
Bagaimana cara melakukannya ?
Semasa mandi
Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan keras, menebal di payu dara anda.
Berdiri di hadapan cermin
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan.
Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring
Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
Penting
Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:
~ Sebarang gumpalan.
~ Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
~ Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
~ Puting tersorot ke dalam.
~ Terasa sakit pada payu dara.
Amalkan Tabiat Baru
Amalkan pemeriksaan sendiri payu dara seperti yang disyorkan. Ketahuilah tentang payu dara anda sendiri. Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Amalkan makanan yang rendah lemak.
Bersenam secara tekal.
Kurangkan pengambilan makanan bergaram, makanan disalai dan makanan yang mengandungi nitrit dan nitrat.
Jika anda berumur 50 tahun ke atas, dapatkan ujian mamogram setiap tahun atau sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali. Ini penting terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi.
Susukan bayi anda dengan susu badan. Ini akan dapat mengurangkan risiko kanser payu dara terutamanya sebelum putus haid.
Berjumpalah doktor jika terdapat perubahan pada payu dara anda.
Tentangi:
Rasa risau terhadap gumpalan pada payudara atau perubahan yang luar biasa. Selalunya cuma 1 dari 10 gumpalan payu dara yang merupakan kanser.
Rasa malu untuk membiarkan payu dara anda diperiksa oleh doktor.
Pertambahan berat badan.
Pendedahan kepada sinaran/radiasi. Pakailah apron diperbuat dari plumbum ketika mengambil X-ray gigi.
Nikmatilah
Gaya hidup sihat tanpa merasa risau tentang kanser payu dara.
Sumber dari : http://anizyn.blogspot.com/2008/10/pemeriksaan-sendiri-payudara-psp.html
Saturday, 31 May 2014
AWAS..Gejala Penyakit Beguk.
Apa Itu Penyakit Beguk
Penyakit beguk adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus). Ianya di sebarkan melalui udara oleh orang yang dijangkiti beguk samaada dari beresin, batuk dan sebagainya. Kanak- kanak boleh dijangkiti Beguk dari kawan-kawannya .Tanda-tanda Penyakit Beguk
Tanda-tanda penyakit beguk adalah demam, berasa letih, bengkak pada kelenjar liur parotid iaitu kelenjar di belakang rahang bawan berhampiran terlinga. Kelenjar ini membengkak samada sebelah atau kedua-dua belah sekali.Bila Beguk Boleh Menjangkit.
Kanak-kanak (atau dewasa) boleh menyebarkan Virus Mumps itu kepada orang lain dan kanak-kanak lain. Ia boleh menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar bengkak dan 9 hari selepas kelenjar itu mula membengkak.Jika seseorang tidak pernah mengidap beguk maka ia adalah terdedah kepada penyakit ini. Seseorang yang pernah dijangkiti penyakit ini akan mendapat pertahanan terhadap kuman ini sepanjanng hayatnya.
Apakah Ubat Untuk Beguk
Beguk tidak mempunyai ubat kerana tiada ubat untuk membunuh Virus itu. Ubat yang diberikan hanya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada kelenjar liur. itu Ubat Paracetamol untuk demam dan rehat yang cukup.Adakah Beguk Boleh Dielakkan
Ya. Beguk boleh dielakkan dengan mengambil Immunisasi untuk beguk ketika kanak-kanak berusia kira-kira sembilan bulan diambil sekali gus . Immunisasi ini biasanya boleh diambil di klinik-klinik swasta (tidak termasuk dalam program immunisasi kementerian kesihatan). Immunisasi ini dinamakan MMR (untuk pertahanan Measles, MUMPS dan Rubella)Komplikasi (kesan sampingan)
1. Beguk boleh menyebabkan bengkak pada Buah Zakar (Orchitis) pada masa yang sama dan ini boleh memyebabkan kemandulan.2. Beguk juga boleh menyebabkan komplikasi seperti 'Pancreatis' , iaitu kerosakan pada kelenjar pancreas di dalam perut.
Sumber dari : http://kebajikan-selangor.tripod.com/id16.html
Thursday, 29 May 2014
Khasiat Daun Sirih
Daun sirih ada beberapa macam jenisnya, yaitu daun sirih merah, sirih hijau dan sirih hitam. Namun yang populer di masyarakat adalah sirih merah dan sirih hijau. Ketiganya bisa dibedakan dari warna daunnya.
Daun sirih hijau banyak ditemukan merambat diantara pepohonan di daerah pedesaan dan lebih dulu digunakan sebagai tanaman herbaldibanding sirih merah. Sementara sirih merah sendiri bisa ditemukan di daerah hutan yang tidak terlalu lebat. Fungsinya lebih kepada dijadikan tanaman hias karena warnanya yang cukup bagus. Namun seiring dengan perkembangan pengetahuan manusia, sirih merah mulai dilirik menjadi tanaman obat tradisional.
Beberapa kandungan yang terdapat pada minyak atsiri yang dihasilkan oleh daun sirih adalah minyak terbang (betiephenol), seskuiterpen, pati, diastase, gula dan zat samak dan kavikol yang memiliki daya mematikan kuman, aktioksidasi dan fungisida, anti jamur.
Selain bersifat antiseptic, sirih merah juga bisa dipakai untuk mengobati penyakit diabetes, dengan meminum air rebusan sirih merah setiap hari akan menurunkan kadar gula darah sampai pada tingkat yang normal.
Selain itu tanaman sirih merah mempunyai manfaat menyembuhkan penyakit ambeien, keputihan dan bisa digunakan sebagai obat kumur, karena alkaloid di dalam sirih merah inilah yang berfungsi sebagai anti mikroba.
1. Mengatasi Keputihan
Khasiat daun sirih merah ini digunakan untuk mengurangi keputihan dan menjaga organ kewanitaan, karena salah satu khasiat dari daun sirih merah adalah sebagai antiseptic. Yaitu dengan merebus 7-10 lembar daun sirih merah, lalu menggunakan air rebusan untuk membilas organ kewanitaan.
2. Menghilangkan bau badan
Ambil daun sirih 2-3 lembar direndam dalam air panas 1/2gelas.ditambah satu sendok teh gula putih. Biarkan sampai air suam-suam kuku. Setelah sirihnya diambil, airnya diminum.
3. Menghilangkan Bau Mulut
Satu lembar daun sirih setelah dicuci bersih dikunyah-kunyah, ditahan bebearapa menit dalam mulut lalu diludahkan. Kerjakan hal itu 2-3 kali sehari. Cara lainnya rebus 5-6 lembar daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Dinginkan dan saring dan setelah itu untuk kumur-kumur setiap pagi dan sore.
Menurut literatur, kandungan daun sirih hijau sangat banyak. Beberapa kandungan tersebut antara lain: minyak atsiri, fenil propana, estragol, kavicol, hidroksikavicol, kavibetol, caryophyllene, allylpyrokatekol, cyneole, cadinene, tanin, diastase, pati, terpennena, seskuiterpena, dan gula. Semua zat itu, menyebabkan sirih seperti ditakdirkan menjadi tanaman yang dapat menyehatkan manusia, karena kaya manfaat dan kegunaannya.
Berikut ini beberapa manfaat dan khasiat daun sirih hijau untuk kesehatan:
1. Cairan daun Sirih Hijau, bisa untuk obat semprot hama dan tidak mematikan tanaman. Penyakit dan kutu yang menyerang tanaman bisa sirna.
2. Bisa untuk mengobati sakit gigi dan gusi bengkak. Caranya mudah, kunyah daun Sirih Hijau secukupnya. Atau berkumur dengan rebusan daun sirih ini. Sakit gigi dan gusi bengkak, berangsur-angsur akan hilang.
3. Daun Sirih Hijau, dipercaya bisa untuk mengobati keputihan. Rebus daunnya dengan porsi secukupnya. Bisa diminum, disamping itu airnya untuk membasuh vagina.
4. Bagi mereka yang terkena sariawan, daun Sirih Hijau, bisa dijadikan solusi yang baik. Kunyah daunnya atau kumur dengan rebusannya. Daun sirih hijau bisa menyembuhkan sariawan.
5. Bila secara rutin berkumur dengan rebusan Sirih Hijau, bau mulut tidak sedap pun akan hilang.
6. Sirih Hijau, daunnya juga dipercaya bisa untuk mengobati demam berdarah. Minum rebusan daunnya, bisa mematikan kuman penyebab demam berdarah. Atau oleskan gilingan daun Sirih Hijau ke tubuh, dibalurkan, nyamuk penyebab demam berdarah tidak berani menggigitnya.
7. Meminum air rebusan bisa memperlancar haid yang tidak teratur
8. Bisa untuk mengobati Asma
9. Mengobati radang tenggorokan
10. Air rebusannya dapat digunakan untuk membersihkan mata
11. Dapat menghilangkan bau ketiak
12. Mampu mengobati luka bakar. Caranya ambil daun Sirih Hijau, panaskan supaya layu, lalu tempelkan pada luka bakar.
13. Bila hidung keluar darah terus (mimisan), gulungan daun Sirih Hijau yang disumpalkan di hidung, bisa membuat darah yang keluar pun terhenti. Jadi bisa dijadikan obat mimisan.
14. Menghilangkan gatal-gatal di kulit. Caranya balurkan tumbukan daun Sirih Hijau, ke bagian tubuh yang gatal-gatal, niscaya gatalnya jadi reda atau bahkan hilang sama sekali.
15. Daun Sirih Hijau juga bisa untuk mengobati eksim, atau penyakit kulit lainnya.
16. Tanaman Sirih Hijau, ternyata bisa mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain. Di sekitar lokasi tanaman ini, semut dan serangga akan menyingkir.
Nah, jangan pernah ragu untuk menanam tanaman sirih di pekarangan rumah Anda. Karena selain bagus untuk dijadikan tanaman hias, daun sirih hijau dan sirih merah ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesehatan.
Sumber dari : http://manfaatnyasehat.blogspot.com/2013/06/manfaat-daun-sirih-merah-dan-hijau.html
Daun sirih hijau banyak ditemukan merambat diantara pepohonan di daerah pedesaan dan lebih dulu digunakan sebagai tanaman herbaldibanding sirih merah. Sementara sirih merah sendiri bisa ditemukan di daerah hutan yang tidak terlalu lebat. Fungsinya lebih kepada dijadikan tanaman hias karena warnanya yang cukup bagus. Namun seiring dengan perkembangan pengetahuan manusia, sirih merah mulai dilirik menjadi tanaman obat tradisional.
Beberapa kandungan yang terdapat pada minyak atsiri yang dihasilkan oleh daun sirih adalah minyak terbang (betiephenol), seskuiterpen, pati, diastase, gula dan zat samak dan kavikol yang memiliki daya mematikan kuman, aktioksidasi dan fungisida, anti jamur.
Manfaat Daun Sirih Merah
Gambar Sirih Merah |
Selain itu tanaman sirih merah mempunyai manfaat menyembuhkan penyakit ambeien, keputihan dan bisa digunakan sebagai obat kumur, karena alkaloid di dalam sirih merah inilah yang berfungsi sebagai anti mikroba.
1. Mengatasi Keputihan
Khasiat daun sirih merah ini digunakan untuk mengurangi keputihan dan menjaga organ kewanitaan, karena salah satu khasiat dari daun sirih merah adalah sebagai antiseptic. Yaitu dengan merebus 7-10 lembar daun sirih merah, lalu menggunakan air rebusan untuk membilas organ kewanitaan.
2. Menghilangkan bau badan
Ambil daun sirih 2-3 lembar direndam dalam air panas 1/2gelas.ditambah satu sendok teh gula putih. Biarkan sampai air suam-suam kuku. Setelah sirihnya diambil, airnya diminum.
3. Menghilangkan Bau Mulut
Satu lembar daun sirih setelah dicuci bersih dikunyah-kunyah, ditahan bebearapa menit dalam mulut lalu diludahkan. Kerjakan hal itu 2-3 kali sehari. Cara lainnya rebus 5-6 lembar daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Dinginkan dan saring dan setelah itu untuk kumur-kumur setiap pagi dan sore.
Kandungan dan Manfaat Sirih Hijau
Gambar Sirih Hijau |
Berikut ini beberapa manfaat dan khasiat daun sirih hijau untuk kesehatan:
1. Cairan daun Sirih Hijau, bisa untuk obat semprot hama dan tidak mematikan tanaman. Penyakit dan kutu yang menyerang tanaman bisa sirna.
2. Bisa untuk mengobati sakit gigi dan gusi bengkak. Caranya mudah, kunyah daun Sirih Hijau secukupnya. Atau berkumur dengan rebusan daun sirih ini. Sakit gigi dan gusi bengkak, berangsur-angsur akan hilang.
3. Daun Sirih Hijau, dipercaya bisa untuk mengobati keputihan. Rebus daunnya dengan porsi secukupnya. Bisa diminum, disamping itu airnya untuk membasuh vagina.
4. Bagi mereka yang terkena sariawan, daun Sirih Hijau, bisa dijadikan solusi yang baik. Kunyah daunnya atau kumur dengan rebusannya. Daun sirih hijau bisa menyembuhkan sariawan.
5. Bila secara rutin berkumur dengan rebusan Sirih Hijau, bau mulut tidak sedap pun akan hilang.
6. Sirih Hijau, daunnya juga dipercaya bisa untuk mengobati demam berdarah. Minum rebusan daunnya, bisa mematikan kuman penyebab demam berdarah. Atau oleskan gilingan daun Sirih Hijau ke tubuh, dibalurkan, nyamuk penyebab demam berdarah tidak berani menggigitnya.
7. Meminum air rebusan bisa memperlancar haid yang tidak teratur
8. Bisa untuk mengobati Asma
9. Mengobati radang tenggorokan
10. Air rebusannya dapat digunakan untuk membersihkan mata
11. Dapat menghilangkan bau ketiak
12. Mampu mengobati luka bakar. Caranya ambil daun Sirih Hijau, panaskan supaya layu, lalu tempelkan pada luka bakar.
13. Bila hidung keluar darah terus (mimisan), gulungan daun Sirih Hijau yang disumpalkan di hidung, bisa membuat darah yang keluar pun terhenti. Jadi bisa dijadikan obat mimisan.
14. Menghilangkan gatal-gatal di kulit. Caranya balurkan tumbukan daun Sirih Hijau, ke bagian tubuh yang gatal-gatal, niscaya gatalnya jadi reda atau bahkan hilang sama sekali.
15. Daun Sirih Hijau juga bisa untuk mengobati eksim, atau penyakit kulit lainnya.
16. Tanaman Sirih Hijau, ternyata bisa mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain. Di sekitar lokasi tanaman ini, semut dan serangga akan menyingkir.
Nah, jangan pernah ragu untuk menanam tanaman sirih di pekarangan rumah Anda. Karena selain bagus untuk dijadikan tanaman hias, daun sirih hijau dan sirih merah ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesehatan.
Sumber dari : http://manfaatnyasehat.blogspot.com/2013/06/manfaat-daun-sirih-merah-dan-hijau.html
Friday, 23 May 2014
Kanser Pangkal Rahim / Kanser Servik
KANSER PANGKAL RAHIM / KANSER SERVIK
Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan banyak kes-kes yang tidak dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000 populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina, seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).
FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM
Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.
Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
- Hubungan sek pada usia muda
- Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
- Merokok
- Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
- Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
- Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
- Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM
Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.
Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
- Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
- Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
- Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
- Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
- Hilang selera makan
- Turun berat badan yang mendadak
AKIBAT KANSER PANGKAL RAHIM
Apakah akibatnya jika kanser pangkal rahim tidak dirawat ataupun rawatan yang diberikan lewat? Kesan akibat kanser pangkal rahim terbahagi kepada 3 kesan utama:
1. Kesan Fizikal
2. Kesan Psikologi dan Sosial
3. Beban kepada ahli keluarga
APAKAH KAEDAH RAWATAN KANSER PANGKAL RAHIM.
Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :
a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi
Maklumat-maklumat lain yang patut anda ketahui adalah seperti berikut:
- Jenis ujian yang dilakukan untuk mengesan kanser pangkal rahim
- Jenis pembedahan yang dilakukan
- Rawatan selepas pembedahan
- Rawatan Radioterapi
- Rawatan Kemoterapi
- Bagaimana mengesan kanser berulang
- Langkah-langkah pencegahan kanser berulang
- Imej-imej yang jelas mengenai aspek-aspek penting kanser pangkal rahim.
Sumber dari : http://drrushdanoor.tripod.com/id12.html
Wednesday, 21 May 2014
Tanda-tanda Kanser Payudara
Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.
Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.
Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.
Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.
Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luarkawasan dada.
Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis(ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
Sumber dari : http://www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php

Friday, 9 May 2014
Punca Kitaran Haid Wanita Tidak Teratur
Tahukah anda kepentingan kitaran haid bagi seorang wanita?
Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.
Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yg ingin mendirikan rumah tangga.
Secara teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yg didatangi haid setiap bulan adalah wanita yg subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg dipanggil sebagai 'hari subur'). Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubunganseks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yg mempunyai kitaran haid tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yg tidak tetap (bukan antara 28-35 hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yg panjang (bukan antara 4-8 hari), peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.
Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:
KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.
Sumber : http://yourhealthshoppe.blogspot.com/2013/07/kitaran-haid-tidak-teratur-punca-kesan.html

Thursday, 8 May 2014
Punca Sakit Ketika Kencing
Rasa sakit ketika membuang air kecil seperti yang diterangkan oleh MedLine Plus ialah sebarang rasa yang dialami ketika mengeluarkan urin samada rasa kesakitan, ketidakselesaan dan rasa seperti terbakar.
Rasa sakit ketika mengeluarkan urin adalah keadaan yang paling biasa yang disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada salah satu struktur di dalam saluran kencing anda samada di urethra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.Dan adakalanya sakit semasa kencing boleh menjadi tanda keadaan serius yang lain.
Jangkitan Saluran Air Kencing
Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing, tetapi yang paling memberikan kesan ialah pada urethra dan pundi kencing.
Punca yang paling biasa berlakunya jangkitan pada saluran kencing adalah apabila bakteria Escherichia colimemasuki tubuh anda melalui urethra, kemudian membiak di situ dan bergerak ke pundi kencing.
Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk mempunyai jangkitan pada saluran kencing berbanding lelaki. Gejala jangkitan pada saluran kencing termasuklah:
- kerap membuang air kecil
- sakit semasa kencing
- mengeluarkan kuantiti yang sedikit ketika membuang air kencing
- tekanan perut
- keletihan
- demam
Kebiasaanya jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan pemberian oral antibiotik dan gejalanya akan hilang dalam tempoh 1 hingga 2 hari.
Tetapi jika jangkitan telah merebak pada buah pinggang,anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan cecair intravena dan pemberian antibiotik.
Batu Karang
Batu karang adalah terdiri dari mineral-mineral kecil dan keras yang banyak yang terbentuk di dalam pundi kencing akibat kristal di dalam air kencing.
Kristal terbentuk apabila urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing dan bertukar kepada kepekatan yang berlebihan.
Ada beberapa keadaan yang menyebabkan urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing anda. Keadaan ini termasuklah:
- pembesaran prostat
- pundi neurogenic
- kawasan lemah di dalam pundi kencing
- radang pundi kencing
- batu karang
- dan alat-alat perubatan yang tertentu seperti kateter
Gejala berlakunya batu karang ialah:
- sakit di bahagian bawah perut
- sakit semasa kencing
- kerap kencing
- kesukaran membuang air kecil
- kebocoran air kencing
- darah dalam air kencing
Biasanya batu karang yang bersaiz kecil boleh dikeluarkan dengan mudah iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air.
Tetapi jika saiznya besar, biasanya ia akan dikeluarkan melalui satu proses yang dipanggil cystolitholapaxy, di mana batu tersebut dipecahkan dengan menggunakan laser atau alat perubatan lain.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, batu karang juga dikeluarkan melalui prosuder pembedahan.
Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang paling biasa berlaku di Amerika Syarikat menurut laman webMedline Plus. Ia terjadi hasil daripada jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis, dan risiko jangkitan boleh meningkat apabila bertambahnya bilangan pasangan seksual.
Gejala chlamydia lebih biasa berlaku dikalangan lelaki dan termasuk rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil dan rasa sakit di buah zakar.
Di kalangan wanita pula, gejalanya termasuklah sakit semasa membuang air kecil, sakit semasa melakukan hubungan seks, keputihan dan sakit di bahagian dubur. Chlamydia boleh dirawat dengan oral antibiotik.
Subscribe to:
Posts (Atom)